11 April 2012

sorry~

hai!hai!hai lame x jumpe kan kan kan? hehe sebulan lbih tak hupdate bl0g ni.. aku rse winduuuu pule.. macam2 terjadi spnjg sbulan ni.. and aku malas nak ingt mende2 alah tu.. x indah mne p0n.hiks.
ok. sebel0m sesape nak ngamuk ,, aku mintak maaf dululah yerk.terutamanya kepda individu yg mnjd f0kus utama untuk p0st aku kali ni iaitu encik. amad uii.hehe saya nak terus terg jela kat awak k?first skli,i'm s0 s0rry sbb terbukk akaun fb awak. mse kau bagi tu,u're still mine but not n0w right? s0 maaf ler bebyk..aku tak tahu nape stlh agak skian lame  kau bg passw0rd after  everything is 0ver barulah ati aku tergerak nak bukak.aku tak pikir pnjg.. aku tak tg0k n0tify or wateva.. tangan aku laju jer tekan inb0x kau. and td aku baru faham asal aku tergerak nak bukk kau pnyer fb.. rupe2 nye kau masih na try minah tu yer bang 0ii. haha L-A-W-A-K sgt! u pr0mised like crazy that u'll never talk to her again but only after a few DAYS!?dah mintak n0 da? awat sebel0m ni tak mintak?0.. yea i kn0w bc0z 0f me right?aku kan penghabes kredit kau n0 1!muehehe s0 disebabkan aku da tk layan kau,kau terus wat langkah penuh kemajuan mintak n0 minah tu ek? c0me 0n laa..find other better girl. u d0n't deserve her,and she d0n't deserves u.aku da lame trime hakikat yg kau bukan untuk aku tapi aku masih belum terima hakikat kenapa p0mpuan tu yg  kau beriye-iye nak tarik perhatian? p0mpuan lain kan ade?ade one girl uh yg kau pggil cayunk er ape natang tah en, i'm n0t angry with that sebab that girl's really cute n i'm totally agree if u want to be with her but pliss n0t that rara. haha tapi tataw la kan kal0 taste kau budak free hair . d0n't give a damn at all about ur taste! :PPP aku p0n salah jgak.. sangat2 salah sape sur0h aku bukk en? kan da skit hati..  aku mintak maaf sesgt.. n kat sini aku nak minx kau tuka pssw0rd kal0 k0 still nak kat rara kau tu. but if u find other better girl just use the same password c0z i want t0 kn0w,that there is a girl wh0 can take cares of u and l0ves u m0re than i did.. :) hv a g00d life friend! =D

kbye.

19 February 2012

lu ape cel0p t0kk.. :PPP

leladys.. n jantanman.. hari ni wa ade pengumuman penting.!wa x siap h/w!! es0k wa mati kena libas.. haha s0 wat?? :P takde p0int en?haha sebenarnye, semalam saye blk kg.. dan di kg, ibu saye mengadu kepada atuk saya yg saya malas ke sekolah..justeru itu, atuk saya pun membebel.. dia berkata tidak gune PMR TERBILANG tetapi SPM TERLONGKANG.. haha kemudian,pak lang saya menokok tambah cerita bahawa saya ada boifren.. lu apa cel0p en en en.. mana ada boifren. kasi tunjuk ckit kal0 ada.. kalau lu jumpa bukti kasi hal02 sama gua k.. (skali dye amek fon aku mamp0z.haha) :{ mane ade sesape yg pengaruh aku skrg ni k.. aku masih ok, masih waras n masih bijak.#petir.. ahaha tapi yg aku perasan bahase arab aku makin l0w.. sebab byk sgt na ingt.. geram jer aku bile sik slh jwp.tah ape tah pale 0tak aku nih..tetapi ingin saye menegaskan kepada pak lang saya bahawa.. suk0 hati den la.. den mmg p0maleh dri dlu,takd0 kn0 mng0n0 antar0 yg mati jgk yg hidup k.. den mmg mcm ni haa.. baru awal tahun,memang la m00d sk0la takd0 laie.. cub0 la phm.. haha b0ifren den?? mn0 ehh?? cer teng0k cikit kiri kanan den, ad0 jantan k0? haha jgn risau.. kerajinan aku pasti dtg suatu hari nanti! 0k.. sebagai permulaan kerajinan saya.. saya ingin sudahi p0st ini dan mencari maklumat untuk f0rum yg perlu saya lakukan di dalam kelas bm nanti.

kb0ii. :P

15 February 2012

ape nak jadi?! hahaha

oke.. hari ni tak dtg sk0la lagi.. aku tatawla naik f4 nih, makin malas lak aku.. dlu time f3 demam ke ape ke , asal b0le aku nak dtg.. sampai bpk aku sr0h p0ntg p0n aku tak nak ik0t.. tapi sekarang sampai mengam0k bpk aku sebb aku sik p0nteng je.. ad0iyy.. pe masalah aku ek? -,- na kate dibuli,mne adeeee.. membuli ade lah. hehe maybe sbb da muak ngn skola tu k0t.. tu laa owg sw0h pndah xna.. haha takpe2.. aku da tanam azam xnak p0nteng lg. haha cmne nak p0ntg buln 3 pekse pastu cuti seminggu,then bulan 5 cuti dua mnggu pastu cuti raye.. hahaha selagi bel0m nazak slagi tu aku x p0ntg k0t.. hehe to my daddy: cay0 la ckp den ni haa.. ni yg t0rakhir.. hahhaa

12 February 2012

Contest header paling comel/smart








ok ms0k c0ntest lg.. :))) header ni freebies dari bl0g lain.. tapi aku rase macam sec0c0k je ngn bl0g aku.. sec0c0k ke??haha let the judges decide laa en?
kbye..

biar sampai ke bintang :))))))






Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas

Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita


Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang




----> walau ape pun halangan mendatang,cite2 harus digapai! =) i can d0 it!! h0yeahhh.. i'm sexy and i kn0w it. #tetibe je -,- k.bye <3

11 February 2012

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail



ok2.. setelah di usha-usha d00dle alif aku ter0s terpikat terg0de same d00dle2 dia.. c0melnyeeeeeee.. s0 kite decide kita nak jugk d00dle brader alif kite ni!tak kire nak jugk!!haha
boleh ke pkai paksaan sebagai alasan? err.. abg alif,eika nak d00dle abg,sbb eika xpndai na wat.. b0le pkai kan alsan ni?? hehe

eika nak mate kaler PINK... 

h0pe abg alif sudi wat kan yer..  thanks! 

k.bye




10 February 2012

SegMen SaLam PerKenaLan by Miss BaNu





hai k0rang!! hari ni aku nak join segmen salam perkenalan ni lahh.. hari ni tarikh tamat, aku lambat tau la.. tapi takpela aku tengah rajin s0 aku nak buat jugak! :p 


kata2 aluan untuk bakal pembaca..: bl0g ni adalah sahabat baik aku. sebab dekat sini lah aku curahkan apa yg aku rase. jadi aku harap takde sesiape yg akan terase.. kal0 ade. ampun maaf dipinta yerr.ecehh cam raye plk.. =D haha 
k.bye

09 February 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..



08 February 2012

Tips Sekiranya Sudah Berpunya Dan Masih Belajar



1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau plan korang dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:

i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi aku tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
aku akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah.> Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.<> >.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi aku. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya aku diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, korang sendiri dapat melihatnya. Apa pun adelah lbih baik kalau kita elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkahwinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Ada juga berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang korang rasa apabila wanita tersebut adalah diri korang sendiri. Tak kan korang tak rasa apa-apa. Tidak mungkin. bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. 
aku berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
anda2 yang sedang bercinta<>  perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada anda dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.
----> budak skola macam aku pilih n0 3 jelah.. <> =phehe





07 February 2012

"Contest Sweet Sour Friends by wan niahix & nur ay'ien"





sekarang kite nak j0in c0ntest ni pulak!! BISMILLAH.. 
^
^
^
my sweet sour friend...... drummmmmm...

aimi najibah



saya sudah mengenali dia 4 tahun.Pada awal perkenalan kami, hubungan kami tidak seperti  friend yang lain.. kami membenci antare satu same lain.Tetapi dua tahun yang lepas kami berjaya untuk berbaik..
Pengalaman yg sweet antara saya dgn aimi ialah apebila kami minat kepada 2 orang jejaka yg merupakn kawan baik. waktu itu kami di tingkatan 2 dan kami "berkenan" pulak dekat 2 orang senior f0rm 6 nih..  
Sejak dari itu mula lah babak2 kami cube tarik perhatian kedua dua pujaan malaya tersebut.. hehe
setiap kali waktu rehat,di k0perasi, kami berdue mesti menjeling-jeling bl0k f6..tg0k2 kal0 ade pulak jejaka2 tukan.. dimane ade jejaka yg sy minat di situ gak ade jejaka yg aimi minat. haha
Di dalam kelas,masa lapang kami akn bercerita tntg crush kami tu..  antara perbualan kami ialah :

aimi : weh,tadi aku nampak mamat tu.. (dgn muke yg sgt p0y0) cehh =='
aku : aku p0n nampaklahh aku punyer tu.. c0melll sgttt...(tak nak kalah ni).. =P haha

then,mula lah segmen berg0sip antara due sahabat..Detik2 yg saye xb0le lupe ialah. apabila kami berdue bertembung dengan mereka berdua.. <0h my g0d>> mse tu mereka hanya memandang kami dengn pandangan k0s0ng tp dalm hati kami berdue hnye tuhan yg tahu.ecehh.  haha kisah kami berlarutan sehingga kami form 3..Tetapi, nasib lebih menyebelahi Aimi.. aku dan si dia hanye mmpu mnjd kawan ttp aimi hmpir lebih dri itu tetapi disebabkan PMR yg bakal dihadapi.. aimi men0lak budak tu.. saat itu sy dpt juga merasakan kesedihan yg dialaminya.. hmm apa2 pun segala yg kami lalui akn saya keng sampai bile2..  apebile dikenang semule mesti pecah perut ingt balik betape tak matang nye kiteorg nih.. hahahaha

nama penuh kawan saya yg s0rang nih: Aimi Najibah bt Dato'  Raub
facebook : Aimi Najibah  


sekiannn...

sayang kauuu aimi najibonnn .. hhahaha 
kbye

nikah khitbah??



Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

"Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam."
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seronok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

-----> boleh pulak camtukan.. kawin2 gantung.. hehe tapi best ape sebab dapat bersama orang yang kita syg dan dpt jugak keredhaan Allah.. :)) #ape lagi?? jum nikah khitbah! haha =p



Contest My Blog Awesomelicious by Hafizah & Humaira.






yee.. masuk c0ntest lagi.. ;) cube2 nasib .. mne taw ade rezki lak en.. 
btw,c0ngratz untuk k0rang berdue atas first c0ntest yang easy but cute nih. ^.^
haa.. lagi satu.. anda2 yang sik berpacebukk tu en like ler gamb0r nih..   
 klik sini2!! .. just klik n like k??supp0rt 0wner c0ntest nih.. =P haha 
kbye.. <3


GILA BELOG - jom join bloglist BELOG GILA!





 BELOG GILA



bl0g ni baru tapi da gempak da.. unt0ngla.. ==' haha tapi bl0g ni best la kan.. aku suke design dia.. semp0i abess..papep0n bl0g ni bwu je seminggu lebih dibina tapi da ade 70 lebih f0ll0wers.. memang gila la kan bl0g gila nih . ^.^  tu jelah nak g bl0gwalking kat bl0g   lain pulakk.. haa k0rang tu rajin2 la tekan kat link tu.
k.bye <3


06 February 2012

' Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis '




erm..oke bl0g aku tak lawa entry p0n tak menarik tapi aku tetap nak cube nasib.. xsalahkan.. hahha
sebab kerje aku sekarang masuk contest je.. :))... hehe

"Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta"




ika pilih tema cinta! =D


.quote="cinta abadi adalah cinta yang dilorongkan mengikut jalan syariat".

1.   

2. Saya pilih quote ini kerana apa sekalipun yang kita buat jika tidak mengikut dan bebalik kepada perintah  Maha Pencipta, kemanisannya hanya sementara tetapi jika mengikut syariat walaupun pahit , apabila kita mula merasa kemanisannya ia akan memberi kesan untuk selama-lamanya.

3. quote ini ditujukan untuk seseorang yg telah berjaya mengambil tempat di hati saya ^.^.. HEHE

4. cinta sejati bagi saya adalah apabila kita sanggup menanti seseorang itu walaupun kepastian untuk memiliki masih belum jelas,dan sudah pastinya apabila cinta sejati sudah bersemi.. kesungguhan untuk menzahirkannya perlu ada bukan sekadar lafaz cinta tetapi keikhlasan yang sentiasa ditunjukkan kepada pasangan!..



hehe.. aku masuk contesst lagi!! insyAllah ade rezeki meng kan.. awak!! doakan saya taw!! :)









:') mampukah aku?


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..




' Aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . Hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu  bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '
(kata2 ar rijal idaman ku)

terdetik di hati ingin memiliki lelaki seperti ini.. aku memang terg0l0ng dalam kalangan wanita yang cemburu buta kerana aku terlalu menyanyangimu tetapi andai kata kau medahulukan yng diatas terlebih dahulu.. aku akan menjadi semakin menyanjungimu.. kerana sesungguhnya..

"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat".


sem0ga kau(anyb0dy) dapat terg0l0ng diantara g0l0ngan tersebut.. :)

''First Contest by Afiqah & Amani Azwa: Edit Gambar Sehabis Cun''











aku tahu tak cun p0n.. saje try.. rajin2kan diri mas0k c0ntest.. dapat saguhati p0n 0ke gak.. n0 3 p0n n0t bad.. ape kate n0 2 la.. eh tak nalaa kal0 b0le nak  jadi champi0n.. ngeh3
k.bye :))







05 February 2012

kekeliruan tanpa jawapan :'|

  
entri ni aku ciplak dari http://www.ilmi-islam.com
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
Nota Cinta :
Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer
Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat(orang kata dan memang pun)
jangan ber"couple " sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple... "




setelah aku baca dan aku renung  p0st di atas pers0alan yang sebelum ni selalu bertandang dalam fikiran aku kembali datang mengganggu.. aku tak mahu rumahtangga yang aku bine 1 hari nanti bermula dari benih zina. aku nak perkahwinan aku sesuatu yang suci.. aku pernah tanya kepadanya adakah ini zina.. dan dia mengiyakan. walaupun tak pernah bersentuhan tapi adakah ianya akan berterusan.Boleh ke aku teruskan semua ini.. andai kata aku teruskan tapi akhirnya dia bukan milikku , sia2 lah semua yang aku rasakan selama ini tetapi andai kata sebaliknya.. kami ditakdirkan bersama.. perkahwinan kami bermula dari zina la yer?? ape yg akan terjadi dekat bakal anak2 aku? adakah mereka akan terkena tempias kejahilan aku? andai aku tidak memikirkan persoalan ini sekarang, bila lagi aku akan dapat jawapannya? jika aku menganggap ini sesuatu yang remeh aku takut perkara yang remeh inilah penghalang aku menjejak kaki ke syurga. aku tak layak untuk ke syurga tetapi aku takkan pernah berputus asa untuk mencuba..

kepada bakal suamiku(hanya Allah yang mengetahui).. sesungguhnya aku hanya seorang wanita yang lemah dan mudah tunduk kepada nafsu. andai kata kau ikhlas ingin memiliki ku.. bimbinglah aku dan jangan kau bawa aku kepada kelalaian.. aku bertekad aku akan cuba merubah diriku tetapi bantulah aku. janganlah kau menghalang niat aku ini.. bantulah aku. simpanlah air mata aku dan air mata mu untuk hari pernikahan kita. simpanlah air mata kita untuk kebahagiaan yang sebenar dan bukan angan2 semata.. #seperti sekarang.. benar kata mu, d0a dan kesungguhan mungkin b0leh menemukan kita tetapi ia tidak dapt mengubah d0sa yg sememangnya nyata..  aku tetap akan menunggu saat saksi mengesahkan lafaz nikah yg dilafazkan olehmu .. andai kau bukan orangnya.. tabahlah kita menghadapi perpisahan :)) 
   tu jerlahh k0tt 
kb0ii <3 

salam maulidurasul
"lau kana bainana" :"))