02 June 2014

kebahagiaannn

sekali lagi dalam kehidupan ,aku memendam rasa
aku berendam air mata,
apa memang tiada bahagia yang bisa mendampingiku?
apa aku dilahirkan untuk kecewa?
berulang-ulang kali aku katakan 
aku ingin bahagia,aku ingin cahaya
hidupku umpama kitaran hujan 
proses yang sama ,perjalanan yang sama,
cuma titisannya saja tidak mampu ku duga
mungkin lebat mungkin renyai yang menyapa hati,
senario bahagia sering berlegar di fikiranku 
bilakah aku akan memainkan watak utama dalam senario tersebut
atau erti sebenarnya apakah mungkin bahagia akan menjelma di dalam hidupku
aku sentiasa menanti saat itu dan akan terus menanti

#semua pasti mengidamkan bahagia tetapi ketahuilah kadang2 kebahagiaan membuat kita leka dan tak sedar dalam diam kita sudah hanyut oleh sebb itu kedukaan dicipta untuk menyedarkan manusia yang terleka.
ada yang mengambil jalan mudah dgn melarikan diri drpd masalah dan mencari kegembiraan dengan cara yg  salah..aku tahu kerna aku jugak merupakan salah seorang manusia yang sering mengambil jalan mudah.. seringkali membuat tindakan melulu.. tapi kini aku sedar kebahagiaan yg aku cipta itu hanya permulaan untuk kedukaan hakiki.jadi aku mengambil langkah untuk meninggalkan semuanya..tetapi jujur x penah aku kesal dgn semua tindakan ku kerna itu semua mengajar aku untuk terus tabah dalam kehidupan.. yang aku kesal hanya kerana telah menjadi hambaNYA yang x tahu bersyukur..rabbifighli..

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

bismillah..ini pulokk*angkat2 kening'^^
nak join keliikkk banner keyh



ok done.moh gheghamaii meriahkn segmennn.. :D
wasalam

"segmen Blowalking by Ain Eddihar *1"

bismillah 
ni pulak..hehe





saje nak memeriahkan suasana.. 
nk join klikk ajeee
wasalam

cinta monyet

salahkah aku si hodoh yang memerlukanmu,
menginginkan senyumanmu di setiap langkahku,
hati terasa begitu meleng (malu) tatkala memikirkan apa yang kau rasa terhadap diriku
cukuplah pandangan kosong darimu untuk membuat aku bahagia
cukuplah pandangan anehmu untuk membuat aku ketawa
apa pun yang terjadi aku tetap disini mencuba membezakan antara realiti dan fantasi 
aku hanya remaja biasa yang tak bisa lari dari cinta sementara..
maafkanlah andainya luahan rasa  membuat kau curiga..

#kebanyakkan kita mungkin pernah merasa cinta monyet..cinta yg kita rase begitu indah..saat melaluinya kita sanggup berkorban apa sahaja asalkan kita tidak kehilangan kemanisan cinta tersebut..
bagiku cinta monyet memberi 1001 pengajaran untuk aku lebih matang dalam menempuh kehidupan..
cinta monyet jugak boleh dianggap sebagai rencah yg melazatkan lagi perjalanan hidup..
tapi ingat!! cinta ALLAH adalah kesempurnaan hakiki.
zaman kanak2 biarkan berlalu..usia semakin meningkat..alam kubur semakin dekat

01 June 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira"


bismillah.. 
nak join segmen ni.... :)

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !



luahan jiwa

tiada cinta yang tercipta untukku 
semuanya dusta semuanya sementara
bertapa mudah cinta dicipta 
begitu mudah juga ia dilupakan 
aku tahu aku bukanlah sesiapa
namun sekiranya engkau masih menyintai
aku disini masih setia
hembusan bayu dingin menyapa 
menggigil sayu hati terasa 
saat kasih ingin ku pinta
ia pergi buat selamaya
memori berkasih tidak kulupa
saat bersama masih segar terasa
air mataku akhirnya tumpas jua 
kasih mengapa tidak setia..

#masa aku tulis luahan ni aku tengah berperang dengan SPM dalam masa yg same aku berperang dengan perasaan sedih ditinggalkan org yg sudah 3 tahun bersama.. tetapi Alhamdulillah.. berkat kesabaran keputusan spm aku berjaya mencapai apa yg aku inginkan..

KEHILANGAN


Kau hadir dikala ku duka sehingga membuat aku jatuh cinta,,
tetapi aneh setelah cinta kuberi kasih kuhulur kau malah menjauhkan diri
apa aku hanya sekadar permainan untukmu?
saat kau sunyi kau cari aku tetapi saat aku sunyi aku tanggung sendiri,
tidak mengapa sayang,
andai ini balasan untuk kasihmu,akan aku tetap pertahankan kerana aku percaya pasti ada hikmah untuk segalanya
setiap kenangan kita bersama akan kusimpan sebagai hiasan kehidupan ku yang kelam..


#x semua yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk kita..dewasa telah mebuat aku banyak kehilangan aku bukan lagi budak sekolah yg mempunyai seorg lelaki untuk dipanggil kekasih..aku kini menghadapi dewasa seorg diri dan aku gembira dengan kehidupanku kerna aku percya.DIA mengambil sesuatu dariku untuk menggantikan dengan yg lebih baik...