05 February 2012

kekeliruan tanpa jawapan :'|

  
entri ni aku ciplak dari http://www.ilmi-islam.com
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
Nota Cinta :
Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer
Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat(orang kata dan memang pun)
jangan ber"couple " sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple... "




setelah aku baca dan aku renung  p0st di atas pers0alan yang sebelum ni selalu bertandang dalam fikiran aku kembali datang mengganggu.. aku tak mahu rumahtangga yang aku bine 1 hari nanti bermula dari benih zina. aku nak perkahwinan aku sesuatu yang suci.. aku pernah tanya kepadanya adakah ini zina.. dan dia mengiyakan. walaupun tak pernah bersentuhan tapi adakah ianya akan berterusan.Boleh ke aku teruskan semua ini.. andai kata aku teruskan tapi akhirnya dia bukan milikku , sia2 lah semua yang aku rasakan selama ini tetapi andai kata sebaliknya.. kami ditakdirkan bersama.. perkahwinan kami bermula dari zina la yer?? ape yg akan terjadi dekat bakal anak2 aku? adakah mereka akan terkena tempias kejahilan aku? andai aku tidak memikirkan persoalan ini sekarang, bila lagi aku akan dapat jawapannya? jika aku menganggap ini sesuatu yang remeh aku takut perkara yang remeh inilah penghalang aku menjejak kaki ke syurga. aku tak layak untuk ke syurga tetapi aku takkan pernah berputus asa untuk mencuba..

kepada bakal suamiku(hanya Allah yang mengetahui).. sesungguhnya aku hanya seorang wanita yang lemah dan mudah tunduk kepada nafsu. andai kata kau ikhlas ingin memiliki ku.. bimbinglah aku dan jangan kau bawa aku kepada kelalaian.. aku bertekad aku akan cuba merubah diriku tetapi bantulah aku. janganlah kau menghalang niat aku ini.. bantulah aku. simpanlah air mata aku dan air mata mu untuk hari pernikahan kita. simpanlah air mata kita untuk kebahagiaan yang sebenar dan bukan angan2 semata.. #seperti sekarang.. benar kata mu, d0a dan kesungguhan mungkin b0leh menemukan kita tetapi ia tidak dapt mengubah d0sa yg sememangnya nyata..  aku tetap akan menunggu saat saksi mengesahkan lafaz nikah yg dilafazkan olehmu .. andai kau bukan orangnya.. tabahlah kita menghadapi perpisahan :)) 
   tu jerlahh k0tt 
kb0ii <3 

salam maulidurasul
"lau kana bainana" :"))


No comments:

Post a Comment

w00t2~b0leh maki samun saya dcni! <3 L0L!